Adat Perpatih  

Posted in

(Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

Pengenalan
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Struktur Masyarakat
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak.

Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.

Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:
(1) Tanah Datar,
(2) Batu Hampar,
(3) Seri Lemak Pahang,
(4)Seri Lemak Minangkabau,
(5)Mungka,
(6)Payakumbuh,
(7)Seri Melenggang,
(8)Tigo Batu,
(9)Biduanda,
(10)Tigo Nenek,
(11)Anak Acheh,
(12)Batu Belang.

Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Pembahagian harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Pra-Mesyuarat 7 MAC 2010  

Posted in

MINIT PRA-MESYUARAT
HARI KELUARGA ALMARHUM HAJI NAHU DAN ALMARHUMAH HAJAH SALAMAH

TARIKH : 7 MAC 2010
HAR : AHAD
MASA : 11.15 PAGI
TEMPAT : KAMPUNG KUALA SIALANG, BAHAU, NEGERI SEMBILAN

KEHADIRAN :
1. HJH ZAHARAH HJ NAHU
2. HJH FADZILLAH HJ NAHU
3. HJ. MOHD FADHLI SUTAN MUDO
4. NOOR MASHITAH RUSLI
5. MUHD ASRUL FITRI SUTAN MUDO
6. MUHD ZAKI BORHAN
7. AHMAD HILMAN BORHAN
8. EZZATUL FATIEYAH BORHAN

BIL. AGENDA
1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah

2.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT

2.1 Pengerusi mengalu-alukan ahli yang hadir.

3.0 PENERANGAN TUJUAN MESYUARAT

3.1 Pengerusi memaklumkan cadangan untuk mengadakan Hari Keluarga Almarhum Haji Nahu dan Almarhumah Hajah Salamah pada 25 Disember 2010 di Port Dickson.

4.0 CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PROGRAM

4.1 Mesyuarat bersetuju untuk mencadangkan penubuhan jawatankuasa program ini seperti berikut:
i. Pengarah program : Hjh Fadzilah Hj Nahu
Hjh Zaharah Hj Nahu
ii. Setiausaha/penyelaras : Hj Zulkiply Hj Nahu
iii. Bendahari : Khairiyati Hj Nahu
iv. Unit Penginapan : Hj Mansor Hj Nahu
v. UnIt Program/acara : Siti Laili Hj Nahu
vi. Unit Teknikal : - belum diisi -
vii. Unit Cenderamata : - belum diisi -
viii. Unit Jamuan : - belum diisi -
ix. Unit Data&Maklumat : Faizah Munirah Sutan Mudo

4.2 Walaubagaimanapun, senarai jawatankuasa ini masih dalam peringkat cadangan. Pengesahan perlantikan ini akan dibuat pada mesyuarat rasmi pertama yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun akan datang.


5.0 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM

5.1 Untuk makluman, mesyuarat penyelarasan pertama akan diadakan sekitar akhir bulan Mei atau awal bulan Jun bertempat di kediaman Tuan Haji Mansor Hj Nahu.
5.2. Mesyuarat bersetuju untuk membincangkan perkara-perkara berikut dalam mesyuarat ini :
i. Penubuhan jawatankuasa kerja untuk program Hari Keluarga Almarhum Haji Nahu dan Almarhumah Hajah Salamah.
ii. Cadangan tentatif dan pengisian program.
iii.Penetapan lokasi sebenar progam.
iv. Tema majlis
v. Hal-hal lain yang berkaitan

6.0 PENUTUP

Mesyuarat berakhir pada jam 12.15 tengahari dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.


Disediakan oleh,
AHMAD HILMAN BORHAN

Contact Us  

Posted in

Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan/kritikan/ulasan, boleh hantarkan ke:

hajinahu@yahoo.com

Bahaso Noghori 9  

Posted in

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah..

Marilah sama-sama kita mengenal bahasa kita. Bahasa apa? Ya, bahaso noghori sembilan. Mesti ada dalam kalangan kita yang tidak tahu perkataan-perkataan tertentu (termasuk lah saya..he3) yang digunapakai oleh anak jati N9. Oleh yang demikian, sediakan otak kiri dan kanan anda sekarang untuk input terkini. Hobin jang hobin!

Buat pengetahuan saudara/saudari, tiada himpunan seumpamanya di seluruh dunia. Sekiranya anda mempunyai perkataan yang tidak tersenarai di sini, adalah dialu-alukan untuk menghantar penambahan tersebut di hajinahu@yahoo.com.

A
amek = amat (sangat)
ateh = atas
ayan = besi (iron)
ayan = iron
B
baeh = buang
baghuh = baruh (belukar)
bakpo = kenapa
balun = belasah / pukul
bangko = besar / tua
becak = lecah
bedama = rasa perit lepas kena lempang
bega = degil / bebal
bejeoh = untung besar
beladi = baldi
belobau = terjatuh
bengot = herot
biaweh = jambu batu
bigheh = biras
bincut... = bengkak
bingai = bodoh
Binga= pekak
bintat = bengkak kecil (akibat alahan / gigitan nyamuk)
bodobin = jatuh berdebuk
boghangguh = rumah tpt rombongan pengantin lelaki bersiap2 sebelum pergi berarak
boghi = beri / bagi
bogik = degil
bojole'an = banyak
bokoghonai = berkerai/kotor
bokotuntang = menggelupur (mcm kera kena belacan)
bolah = sebelah / bahagian
boleng = bogel
bololah = berlari (berlelah)
bolompung = berlaga (terhantuk)
bona = benar / sangat
bongap = bodoh
bongka = bangun
bonyok / benyek = lembik (buah)
bopilin = berpintal
bosomumeh = comot
bosopai = berkecai
bosit = merotan (libas)
bosolumak / bosomumeh = comot
botandak = berjoget
boyo = buaya
bungko = bodoh / bebal
C
cemano = mcm mana
cemat = kena rotan
cenekei = mengelat / tipu
cenia = mcm ini
cibir = mengejek / juihkan bibir / julur lidah
Celait – torch light
copek = cepat
D
debot / dobot = debab
den = aku
dian = durian
dobik = debik / menghentak / menyiku
dodat = minum terus tanpa cawan
dogheh = cepat
dosup = laju
E
ekey = ekar (tanah)
ensot = berganjak sambil duduk
esei / sei = saya
G
gahar = berus / gosok
gelinyar = anting2
ghahai = rosak / jahanam
ghebeh = hampir2 tanggal
ghemah = saki baki nasi yang bertaburan
ghimau = harimau
ghinek = bayang / batang hidung / muka
ghobeh = hujan rintik2 / gerimis
ghoman = rupa
ghosan = makanan yg hampir basi
ginco = menggaul nasi
goba = selimut
godang = besar
godek = usik (membaiki brg rosak)
gogok = minum air terus dari botol
golo = parah / susah
gonjeng = botak
H

haghing = bau hancing
hamih = hamis
hampeh = hampas (celaka)
hamput = maki
hobin - pukul (belasah)
hongap = nafas
hongeh = semput disbbkan kekenyangan
humbeh = lari menyelinap
humang aiii = aduhai
J
jamni = zaman sekarang
jinjit = jinjing
jobo = berlagak / poyo
jogheh = jerih / semput
joki = rezeki
joran = serik
K
kair = ke air / buang air
keceng = kenyit
kek = di (tempat)
kelam kelibut = lintang pukang
kelemaya = keadaan berkilat2/bersinar2
kelenset = terkoyak / terkopek
kelepet = lipatan
kelimbat = longkang
kemot = renyuk
kensal = tuala mandi
kete = katanya
keto = kereta
kikih = kikis
kitai = mengibas / merenjis (utk haiwan mcm kucing)
koba = cakap (khabar)
kobau = kerbau
kobeh = kebas
kobok = celup tangan ke dlm air
kodek = saki-baki
kodim = waris rapat
kokah = kopak / kopek
kokak = cikai
koman = ketinggalan zaman
kontong = kudung / jadi pendek
kopai / kolopai = beg
kopam = kepam (lusuh & berbau hapak)
kotat = ketat
Koting - keting
kotogur = kena sampuk
kotomeneh = ragam
kubih = kobis
kuti = cubit-cubit
kutu-katang = tergaru-garu sbb gatal
kutung = kerumun
kuyak = koyak
L
laie = lagi
lanteh = tembus (lantas)
lelan = cuai / leka
lemek = alas tidur / toto
leweh = lemah / tak berdaya
locit / pocit = buang
locot = melecur
locut = baling / lontar
longkeh = tercabut / lekang (bg buah rambutan)
lonjap = lenjan / basah
lontung = langgar
lopok = tampar
lumek = hancur
lunyah = pijak-pijak (atas tilam)
lunyai = lembik
M
mada = degil / tegar
mahap = maaf
mantai = melapah lembu, kambing, etc.(hari terakhir puasa)
marin = kelmarin
meghaban = merapu
melempeng = basah
melese - ghoma duduk dokek sebolah oghang sambil badannya menggesel2 badan kita. 2. orang yang pemalas ,tak mau buek kojo duduk melese tak tantu haghah.
meliana = org kaya (millionaire)
membungkang = asyik tidur
menade-e = melepak
menatang = binatang / benda
mencelinap = menyelinap (mcm lipas kudung)
mencieh = mengalir keluar dgn byk (cth: peluh)
mencicit = mencanak (lari dgn laju)
mencocoh = tersangat
mendoda = terlalu kuat
menebeng = menyibuk
mengecet = menitis
mengelinjang = gedik/geletis
mengelipar = menggelupur
mengendeng = mengecek
mengengkeh = mengangkat benda berat (beg)
mengoca = menangkap ikan
menteneng = gemuk (boroi)
mentoka = motokar / kereta
meteng / peteng = perhati
membeseh = buang air kecil
memburan = buang air besar
menyelemer = menyelongkar
mentokodaghah = mentedarah (buruk makan)
mesen = mesin
minam = minum
moh = jom
molangok = melepak
molesa = duduk atas lantai
mongeleh = mengada2 / terlebih manja
mongka = isi durian muda yg keras
mongolintin = tak boleh duduk diam
mongombik = mengembik (pergerakan ulat2 larva)
mongonyam = menggatal
mononong = jln tak tgk kiri-kanan
monya'ot = menyahut
monyok = murung
monyonggau = pijar
N
nguncah = mengganggu / mengacau
nio = nyiur / kelapa
nonggok = duduk
nuna = di sana
nyaghi = dinihari
nyalang = sementara
nyongge = sengih (tersenyum mcm kerang busuk)
O
ocup / acup = tenggelam
okap = tamak
omak = emak / ibu
osah = memang
ompek = empat
ompong = bodoh
ontok-ontok = diam-diam
P
pauk = tetak (dgn parang / pisau)
pangkeh = pangkas
pelaso = pemalas
pelaih = endah (peduli)
peletok = terseliuh
penganan = dodol
pengka = kaki bangku
pesawek = pesawat (komponen alat letrik)
peteng = tengok dengan teliti
piuk = periuk
podeh = pedas
poghun = membakar semak-samun / sampah-sarap
poghut = perut
pokai = tak ada duit / miskin
polak = panas & rimas
polok = mkn dgn gelojoh
polosit = pelesit (jahat)
poncolek hangek = kena sampuk
pongolan = pengait
pongopan = sempat
pudek = penuh
S
selehet = tercalit
selemo = selesema
semondo = org yg masuk dlm 'perut' @ suku
senia = di sini
senegheh = senonoh
senteng = singkat
sepulan = si polan
sewat / jewat = capai (sambar)
sia-palih = minta dijauhkan / minta simpang
sibak = selak
soba = sabar
soghi boghi = seri beri / tolak ansur
sombo = sembur
somonggah = senonoh
somut = semut
sonta = sental
sosah = pukul / belasah
stemet - estimate/anggaran
sugun = hantuk
T
talo = merotan
tambuh = tambah nasi
tejungkang = terbalik ke bwh (upside down)
tekelicik = tergelincir
tekomama = terpegun / tergamam
teleban = terpelanting
tembolok = perut / periuk nasi
tenok / tebok = ditanduk lembu @ kerbau
tenyeh = tekan dgn kasar
tetoyek = berlebihan (bg rendang)
tobungkeh = terbungkas
togamang = tergamam
tojoluek = termuntah
tokoluceh = tertanggal
tombong = isi tunas kelapa
tompek = tempat
tompi = tapi
toteh = tetas
tutoh = hentak (pukul)
W
wok = sayang (panggilan manja utk anak2 kecil)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..  

Posted in


Mukaddimah

Syukur ke hadrat Ilahi dengan segala kemodenan yg telah dikecapi, segala rintangan (yang ada) dalam meneruskan perjuangan mengeratkan perhubungan kekeluargaan yang sedia ada, maka dapatlah blog ini diwujudkan. Di arus perdana ini, banyak saluran boleh digunakan atas tujuan tersebut. Pelbagai medium yg ada, seperti telefon, blog, laman-laman sosial (Facebook, Tweeter, sekadar menyebut beberapa perantara yang ada) yang memungkin kita tidak ketinggalan dalam usaha menghubungkan tali silaturrahim yang tidak mungkin dapat diputuskan walau apa cara sekalipun. Siapa kita? Kitalah waris kepada Almarhum Haji Nahu bin Salleh dan Almarhumah Hajjah Salamah bin Osman. Legasi ini diharap dapat saya manfaatkan bagi kebaikan bersama.

Siapa waris Almarhum Haji Nahu bin Salleh dan Almarhumah Hjh . Salamah Osman?
(Perhatian: Di bawah ini bukan pembahagian, cuma perkumpulan supaya jelas tafsirannya)

1. Anak-anak almarhum (bin dan binti Haji Nahu)
2. Cucu-cucu, cicit dan generasi seterusnya.
3. Pasangan kepada anak-anak dan generasi almarhum (sama ada masih hidup, telah meninggal dunia, masih berkahwin dengan waris almarhum).

Siapakah almarhum berdua?

Biodata Almarhum Haji Nahu bin Salleh
Nama : Nahu Bin Salleh
Tarikh Lahir :
Tarikh Kematian: 1987
Asal :
Nama Isteri : Almarhumah
Almarhumah Hjh Salamah bt Osman

Biodata Almarhumah Hjh. Salamah bt Osman
Nama : Salamah bt Osman
Tarikh Lahir :
Tarikh Kematian: 1991
Asal :

Pasangan ini dikurniakan 7 cahaya mata iaitu:
  1. Hjh. Zaharah bt Hj. Nahu
  2. Hjh. Fadzillah bt Hj. Nahu
  3. Hj. Abu Mansor bin Hj. Nahu
  4. Saudara Mohd Rais bin Hj. Nahu (Almarhum)
  5. Hj. Zulkiply bin Hj. Nahu
  6. Puan Siti Laili bt Hj. Nahu
  7. Puan Khairiyaty bt Hj Nahu

Pendahuluan

Alhamdulillah, waris-waris almarhum sudahpun berkembang dan atas dasar kesedaran kepentingan hubungan kekeluargaan ini, maka diusulkan supaya satu kesatuan keluarga diwujudkan bagi menjaga kebajikan sesama sendiri. Arakian, terbentuklah satu jemaah yang dinamakan WASANA.

..to be continued..