Adat Perpatih  

Posted in

(Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

Pengenalan
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Struktur Masyarakat
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak.

Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.

Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:
(1) Tanah Datar,
(2) Batu Hampar,
(3) Seri Lemak Pahang,
(4)Seri Lemak Minangkabau,
(5)Mungka,
(6)Payakumbuh,
(7)Seri Melenggang,
(8)Tigo Batu,
(9)Biduanda,
(10)Tigo Nenek,
(11)Anak Acheh,
(12)Batu Belang.

Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Pembahagian harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Pra-Mesyuarat 7 MAC 2010  

Posted in

MINIT PRA-MESYUARAT
HARI KELUARGA ALMARHUM HAJI NAHU DAN ALMARHUMAH HAJAH SALAMAH

TARIKH : 7 MAC 2010
HAR : AHAD
MASA : 11.15 PAGI
TEMPAT : KAMPUNG KUALA SIALANG, BAHAU, NEGERI SEMBILAN

KEHADIRAN :
1. HJH ZAHARAH HJ NAHU
2. HJH FADZILLAH HJ NAHU
3. HJ. MOHD FADHLI SUTAN MUDO
4. NOOR MASHITAH RUSLI
5. MUHD ASRUL FITRI SUTAN MUDO
6. MUHD ZAKI BORHAN
7. AHMAD HILMAN BORHAN
8. EZZATUL FATIEYAH BORHAN

BIL. AGENDA
1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah

2.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT

2.1 Pengerusi mengalu-alukan ahli yang hadir.

3.0 PENERANGAN TUJUAN MESYUARAT

3.1 Pengerusi memaklumkan cadangan untuk mengadakan Hari Keluarga Almarhum Haji Nahu dan Almarhumah Hajah Salamah pada 25 Disember 2010 di Port Dickson.

4.0 CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PROGRAM

4.1 Mesyuarat bersetuju untuk mencadangkan penubuhan jawatankuasa program ini seperti berikut:
i. Pengarah program : Hjh Fadzilah Hj Nahu
Hjh Zaharah Hj Nahu
ii. Setiausaha/penyelaras : Hj Zulkiply Hj Nahu
iii. Bendahari : Khairiyati Hj Nahu
iv. Unit Penginapan : Hj Mansor Hj Nahu
v. UnIt Program/acara : Siti Laili Hj Nahu
vi. Unit Teknikal : - belum diisi -
vii. Unit Cenderamata : - belum diisi -
viii. Unit Jamuan : - belum diisi -
ix. Unit Data&Maklumat : Faizah Munirah Sutan Mudo

4.2 Walaubagaimanapun, senarai jawatankuasa ini masih dalam peringkat cadangan. Pengesahan perlantikan ini akan dibuat pada mesyuarat rasmi pertama yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun akan datang.


5.0 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM

5.1 Untuk makluman, mesyuarat penyelarasan pertama akan diadakan sekitar akhir bulan Mei atau awal bulan Jun bertempat di kediaman Tuan Haji Mansor Hj Nahu.
5.2. Mesyuarat bersetuju untuk membincangkan perkara-perkara berikut dalam mesyuarat ini :
i. Penubuhan jawatankuasa kerja untuk program Hari Keluarga Almarhum Haji Nahu dan Almarhumah Hajah Salamah.
ii. Cadangan tentatif dan pengisian program.
iii.Penetapan lokasi sebenar progam.
iv. Tema majlis
v. Hal-hal lain yang berkaitan

6.0 PENUTUP

Mesyuarat berakhir pada jam 12.15 tengahari dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.


Disediakan oleh,
AHMAD HILMAN BORHAN